Sunday 30 December 2012

Hina sangatkah diiiku ini ??

Starting with Bismillahirohmanirrohim and Assalamualaikum 

Hina sangatkah orang berbadan BESAR A.K.A GEMUK ini ?? 
Kadangkala aku merasa tersinggung dengan apa yang diperkatakan oleh orang - orang di sekeliling ku tapi aku pendam sahaja kerana aku sedar juga keadaan diriku ini . GEMUK !
Tapi kalau dah berulang - ulang kali dicakap-cakap sakit bha rasa hati ini ... Cuba kamu berada dalam keadaan aku sekarang ini . Mungkin kamu pun akan merasakan hal yang sama . 

Tambahan pula , yang paling menyakitkan hati bila orang yang paling rapat dalam hidup kita iaitu ORANG TUA kita sendiri yang sering menyindir-yindir keadaan fizikal kita . Kengkadang aku rasa mau menangis baa .. Apa tidaknya , orang tua ku sendiri bha yang ckp2x begitu . Durg seolah - olah tidak mengerti akan perasaan anak mereka ini . Mungkin mereka malu mempunyai anak seperti aku agaknya . Ye lah , dahlah gemuk , tak cantik , kalau cri pakaian susah nak dpt saiz , kalau dpt pun harga mesti mahal sebab saiz yang besar . kengkadang aku rasa malu mau beli pakaian . Sebab aku tahu mesti susah nak cari saiz yang ngam dengan aku .. 

kalau aku jalan dengan kazen - kazen ku aku rasa amat kerdil sekali walaupun mereka lebih muda dri ku sebab mereka tidak gemuk seperti ku dan dapat berpakaian yang cantik2x dan mempunyai fesyen sebab mereka mudah untuk memilih pakaian .. Tidak mcm aku ne .. Kalau jalan dengan kawan - kawan ku pun aku rasa malu jua kengkadang sebab aku asyik pakai pakaian yang sama iaitu BAJU LENGAN PANJANG WARNA HITAM dan BAJU LENGAN PANJANG WARNA PINK tu .. Aku hanya memiliki dua pakaian ne sahaja yang bagus untuk dipakai berjalan .. Aku mana pernah beli pakaian .. . Kengkadang dalam hati ni teringin mau beli setiap kali keluar berjalan dengan orang tau ku tapi mereka akan kata nantilah .. nda duit baa .. Habis tu , aku nak buat mcm mna . Aku just pakai seja la baju yang ada .. Baru aku ni kan gemuk . kebanyakan baju ku mna muat uda .. 

Sedih ba aku diperlakukan sebegini . Pernah sekali aku memikirkan betul akan keadaan fizikal ku ini sehingga terbawa ke mimpi . Dalam mimpi tu aku dihina berhabisan .. Bangun seja dr tidur aku dapat rasa aku menangis ... 

sekarang ni , aku jarang berjumpa dengan ahli keluarga ku yang lain . Sebab setiap kali berjumpa mereka mesti cakap " besarnya badan mu ilah  ... " .. " Jangan makan terlampau banyak n kuat tidur nanti kau menggemuk " .. Ini yang mebuatkan aku kengkadang menjauh dri keluarga ku tidak kira la dr sebelah mama ka atau bapa . Semua sama seja .Pernah sekali , masa tu ada majlis keluarga .. Ada makan - makan ckit . Skali aku mau mkn , trus ada yang berckp . " aii lah , jangan kau makan terlampau banyak ar . nanti makin gemuk kau ' .. bgs2x kita ada mood , hilang baa trus selera ku di situ jua .. Kalau kamu nda mau aku mkn , kasitau ba terus . Nda payah la mau ckp mcm tu . Sakit bbbbbbbbaaaaaaaa hati kuuuuuu !!!!! .Pernah lagi sekali semasa naik bas , aku dari sekolah ST MARY dengan kwn2x ku amik laptop 1M .. jd sampai seja bas tu di depan Parkwell ada macik ku ama kazen ku naik . macik ku duduk di sebelah ku .. Trus dia ckp .. " aduina lah , kau bha ne yg konker satu tmpt duduk ne " .. nah , kamu paham jua kan apa maksudnya tu . Ertinya dia ckp psl FIZIKAL ku yang GEMUK ni ! Sabar seja aku masa tu senyum seja sebab aku hormat dia sebagai macik ku tapi agak2x la bha jua klau berckp tu .. 

Aku nda tau mau buat apa lagi , itu sebab aku luahkan laa segalanya dalam blog ku ne sebab aku nda tahan uda . aku rasa mau menangis sekarang ni  .. 

Terima kasih laa ama blog ku ni sebab kasi biar jua budak GEMUK ni melepaskan segala perasaan nya dalam ni .. 

Lagi satu hal , aku rasa kengkadang ibu bapa ku mcm nda adil dengan aku . Apa tidak , semua kerja di rumah mau aku jua yang buat . Setiap  kali sebelum aku jalan ke mana - mana mesti aku kena siap kan dulu semua kerja di umah walaupun ada orang tua ku jua . Membasuh kain , sapu lantai , masak dan sebagainya .. Memang laa itu tugas sebagai seorang anak tapi aku pun ada rasa penat jua ba . Apa guna nya mereka yang ada di umah ni kalau nda blh membantu .. Macam sekarang bapaku nda uda kerja di masjid , apa la ba salahnya kalau pagi2x tu tlg aku sapu umah seja pun jadi laa .Ini tidak . aku jua yang buat semuanya . Bangun2x seja dr tidur turs ku buat semua tu .. 

Kengkadang , kalau aku bangun tidur tu , aku mengharap  btul semua kerja - kerja umah uda dibuat oleh durg beliau ku tp . KESIHAAANNN ,. kempunan kau fazilah .. 

Tambahan lagi , kalau abg ku mau p keja , aku jua yang kena sedia bekalnya . . isikan dia . bknnya dia buat sendiri , kalau aku nda buat bising la tu durg beliau ku .. Bknnya abg ku tu nda blh isi sendiri . cukup la ba aku uda masakkan .. Takkan semua mau disediakan . STRESSS baa aku mcm ni hari - hari .. Aku nda jua salahkan abg ku sebab dia baik jua . kalau aku minta duit dia bg jua . nda pernah kedekut dengan aku walaupun kadangkala perangai nya menyakitkan hati sebab dia pun mcm orang tua ku jua . selalu ckp aku GEMUK .. balik2x baa dickp .. ..

Mungkin memang begini la kan nasib orang berbadan GEMUK macam aku ni . sentiasa dipandang hina .. 


Thursday 29 November 2012

Assalmualaikum semua ! Have a nice day ^_^

Lamanya tak update blog ne . Agak busy dengan macam - macam perkara tambah2x lagi sekarang ne aku sedang menghadapi ujian Dunia yang amat besar yang akan menentukan kejayaan ku di Dunia ini ..

Apakah ia ??

STPM

Itulah yang sedang dihadapi ku bersama rakan - rakan yang lain serta semua masyarakat Malaysia yang sama umur dengan ku dan mengambil STPM .. 

Kenapa aku dapat update blog hari ni ? 

sbb kami ada cuti selama 5 hari sebelum exam Pengajian Am 1 yang akan datang pada 5 hari bulan ini . 

Masih ada dua paper yang perlu ku tempuh iaitu Pengajian Am 1 dan Bahasa Melayu 1 
harap- harap dapat jawab dengan baik especially Pengajian am tu sbb soalan - soalan nya betul - betul membunuh .. 
Apa nda , soalannya pasal kenegaraan . dahla aku ne bangang sikit pasal kenegaraan ne . 
mna nak hafal semua tu .. Grrrr .. 
its ok ! Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan .. 


Btw , doakan aku ya , doa kalian amat ku hargai . 


Assalam 

Friday 2 November 2012

Hari Graduasi Pra Universiti SMK Muhibbah 2012

Assalamualaikum semua .. Maaf laa sebab lama dah tak update blog ne . Ntah berapa bulan kan .. Sorry ek .. Hari ni saya kembali menceriakan hari anda dengan cerita - cerita saya sepanjang saya menyepi tu .. 
Pada 31 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu , sekolah kami telah menganjurkan Hari Graduasi Pra Universiti 2012 bagi pelajar - pelajar STPM 2012 .. Hari Graduasi ini adalah yang pertama sekali pernah diadakan oleh sekolah kami . Dulu takde tauu .. Daripada saya banyak ckp kat sini , lebih baik saya perlihatkan kepada anda semua moment2x penting sepanjang program ini . No negatif comment about pic I show u tauu .. 





sedikit sedutan video sebelum majlis bermula .. :) 


menyambut ketibaan Pengetua SMK Muhibbah bersama - sama wakil PIBG sekolah 


Bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Firdaus bagi memberkati majlis .. Aminnn ~ :) 



Barisan penari yang akan mempersembahkan tarian . Fyi , durg ne pelajar sekolah kami jua . bdk 6 rendah .. 


Tarian menyambut Selamat Datang 



posing cute dulu sebelum menari ,


tarian Sumazau Kreatif .. 







Ucapan ringkas daripada YDPA Pra Universiti Smk Muhibbah 
Nor Huda binti Jaraime 


Ucapan ringkas daripada wakil PIBG sekolah 


Ucapan ringkas daripada Pengetua SMK Muhibbah 


posing dekat tangga dulu sebelum naik ke dewan kastam di tingkat 4 . 


Rosnah dan Zarit yang bertanggungjawab membuat dan mengedarkan buku aturcara 


senyum :) tak perlu kata apa - apa :) 




Adik2x 6 Rendah 


Qutai n Ady 


Barisan pendidik yang memang " kamcing " dengan kami .. 


Ceramah motivasi daripada Cikgu Malin Manni .. 



Adik2x 6 Rendah yang comel loteh .. 


berdiri tegak semua !! Jom Nyanyi lagu Negara ku , Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah 


Tadahkan tangan ! Baca doaaa .. eheh 


Al hazrin dan Ummi Nur Zahidah yang menjadi Pengerusi Majlis .. Bersama Cikgu Iffah yang sibuk urus semua benda .. 



edaran buku aturcara kepada tetamu jemputan .. 

Baiklah semua , setakat ne seja coretan saya . Actually , byk gambar yang aku nak share tapi masa mencemburui kita .. takpe . ok le ne utk tatapan mata korang kan .. 

Assalamualaikum ^_^







Tuesday 4 September 2012

Assalamualaikum my lovely readers .. 
Mcm mna sambutan hari raya anda ? Best tak ? Banyak dapat duit raya ? hehe :) 
Saya ? Ok jee . raya kali ni seperti tahun - tahun yang lepas . takde yang berbeza cuma tak sangka pulak 
dah masuk umur 19 tahun masih dapat duit raya ! haha ! 

Minggu lalu adalah minggu yang paling sibuk bagi aku , Hampir setiap hari lepas pulang dari sekolah , semua kwn2x sekelas akan jemput ke rumah mereka untuk beraya . Besy dapat jalan sma2x dengan durg . Aku jarang sekali dpt jalan sma2x durg sbb aku ne bukannya mcm anak perempuan lain yang kat luar yang boleh keluar rumah bersama kawan2x lama - lama . Paling lama pun aku boleh kuar rumah berjalan hanyalah 3 jam .. Itu pun mesti akan ditepon oleh bapaku . Tanya " kau di mna uda ? Blm plg lagi ka " / Biasa la ibu bapa kan . Siapa tak risau akan anak mereka . 

Pada hari jumaat yang lepas bersamaan 31 Ogos 2012 , Kawan ku , Norfadzilah Juhuri mengadakan rumah terbuka untuk kelas kami dan budak- budak Space Seed . 
Sedap ooo makanan yang disediakan ~ Nyummmmyyy ! hehe 
Laksa Sarawak , Laksa Penang  dan Rendang .. Sedapppp ! 

Lepas tu esoknya plak kawan ku c Nur Suhaila Sani buat open house . ramai oo orang p umahnya .. Apa nda , mama n bapanya kan pengetua sekolah . So , sekolah-sekolah yang beliau nya pernah jadi pengetua dijemput la dtg . Lima buah sekolah tau ! nah ! sempit ba ruang umahnya terus ! 

Sampai aku ngan kawan ku yang lain pun terpaksa menyelit seja makan di dapur . haha ! 

Keesokannya lagi , Guru kelas ku Puan Rosdiana Ismail pulak buat open house untuk pelajar2 nya 


Mmg beraya sakan aku minggu lalu , 

korang ada ? takde kan ? hehehe ! 

Ok la u all , Chow dlu .. Assalamualaikum :) Adios ~ Zaaaaaassssss




Thursday 16 August 2012

Assalamualaikum semua ..
Bulan Ramadhan hampir melabuhkan tirainya bukan dan Syawal uda mula dirasai .. 
Mesti ramai yang tengah sibuk membuat persiapan raya . Begitu jua dengan aku dan keluarga ku .. 

Raya kali ni , dtg plak rajin mama ku ama aku mau buat kuih . 
Tp tak byk laa . 
Dua tiga jenis jee .. yang lain main tunjuk je kat kedai 
asalkan kata bapaku " ada duit " ahahah . 

baju raya dah ada jua , mahal juj bju raya ku ne kali sbb berfesyen cikit .. 
Tp yg buat aku pelik , time try kat Mall tu , baju tu muat . 
Skali try balik kat umah . sempit laa plak . smpi kata bapaku , nda pa la . t kita bli lagi . P minta duit ama abg mu . ahaha . Abg ku la jua penyelamat .. ehehe .. 

Raya kali ni banyak org buat perubahan pada rumah mereka .. 
Tukar langsir , beli baju raya baru ( T - shirt & Jeans ) , beli almari baru .. semua la serba baru .. 

tapi , keluarga ku nda la buat semua tu sbb kami ne bknnya berduit pun . 
Kena berpada - pada jua kalau nak beli brg tu , sbb nanti lepas raya ssh plak , 
nanti duit takde utk lepas raya nanti .. 

Kesihatan ku masi lagi pada tahap yg kurang baik , demam dah kebah tp batuk n selsema ne yg buat aku lemas .. 
Aku rasa aku kena ulser .. Huhuhu .. 
Hrp sblm raya ne ok la kesihatan ku .. Amin ~ 

Di kesempatan ni , aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat islam di DUNIA ni .. 
Semoga anda semua bergembira di bulan Syawal 

Kepada adik2x tu , jangan main mercun tau . Nanti cedera . Tak best la raya .. 

Assalamualaikum readers .. 
Hari ni bersamaan 16 Ogos 2012 , aku tak berapa sihat .. tetiba je sakit . Aku pun tak tau knp . 
Mgkin faktod cuaca kot , ye la . Cuaza kat Sandakan ne tak menentu , sekejap hujan sekejap panas terik ..
Kelmarin ( 15 Ogos 2012 ) , Aku cuma sakit tekak je .. Ingat sakit biasa2x je . Bila malam nya , tetiba je aku menggigil kesejukan .. Tak pernah seumur hidup ku menggogil seperti itu , That's my first time . 
Sampaikan nak bgn sahur pun tak larat dah .. So , " CUTI PUASA la tadi " ehehe .

Skali pagi , bapaku tnya " Sakit demam ka kau "
Aku jwb " iya "
trus bapaku ckp " nanti kita p klinik wawasan " 
aku jwb " bha ya la "

Sblm p klinik jam 9 pagi td , Aku muntah2x lagi di umah . Cirit birit lagi . Sakit kepala lagi ..
Mmg sengsara la aku tadi pagi . 

Monday 30 July 2012

Salam Ramadhan ~






Salam Ramadhan semua ! 
Rasanya masih belum terlambat utk aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak bukan ?
Semoga ramadhan kali ini lebih berberti buat aku dan semua Hamba Allah di muka bumi ini ., 
perbanyakkan lah amalan kebaikan serta hindarkan lah diri kita dari segala keburukan .. 

Kalau sblm puasa , kita biasa mengumpat , jarang baca Al - Quran dan sebagainya , 
rajin2x kan la kali ne ya sbb banyak pahalanya jika kita melakukannya lebih2x lagi bulan Ramadhan ni .. 

Terawih ? Tahun ne saya jarang sgt dpt p terawih sbb sibuk dgn kerja2x skola dan kena masak awal utk sahur .. Mama ku ? Dia kengkadang keja . so , aku la yang ganti tugasnya di umah ne .. 
Masak , cuci kain n kemas umah . Nda pa la . besa uda kan . 
uda dididik dari kecik lagi .. lagipun sbg ANAK DARA kena la belajar urus semua tu 

Dalam minggu ni , aku akan menghadapi Trial STPM yang pertama . Harap dpt pointer yang tinggi . 
Takut baa kalau nda dpt , T STPM nda tau la tu mcm mna . 
Pray for me ya ~ 

Exam MUET dah berlalu dan kami hanya perlu tumpukan perhatian kepada 4 subjek seja lagi 

SEJARAH 
BAHASA MELAYU 
PENGAJIAN AM
PENGAJIAN PERNIAGAAN

Baik la . sampai sini saja coretan ku . Jumpa anda lagi di post akan dtg tp mgkin lama lagi laa . 
sbb nak tumpukan perhatian dgn STUDY dulu .. 

K semua ~ ASSALAMUALAIKUM ! 

Saturday 14 July 2012

Seminar motivasi PMR , SPM , STPM 2012

                                     
      

Hari ini saya dengan pelajar SMK Muhibbah yang akan menghadapi Peperiksaan Awam yang amat mencabar dalam hidup kami telah menghadiri Seminar Motivasu PMR , SPM & STPM 2012 yang diadakan di Sabah Hotel Sandakan Sabah . 

Kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah , nda blh bwa kenderaan sendiri , kalau nda , mmg aku ikut uda tu kwn ku yang ada keta p sna ~ Cikgu Shirley bagi kebenaran juga tp Cikgu Dayang pula yang nda bagi ~ Eeeee ~ 

Dlm bas begila seja aku bergambar ama kawan - kawan ku baa ~ kena lagi ama c Stephanie yang mmg gila bergambar .. Nah ~ berngam laa ~ ahaha . 


Aku , Stephanie , Hafizah 

Sampai seja kami dekat Sabah Hotel , mcm tetamu khas joo kami .. Dijjemput oleh MPPU , PRS , dengan PENGAWAS . ahaha . prasan laik baa ~ sandiii eh ,, 

Penceramah seminar pada kali ne nama nya PANDIR LODAH kalau tak silap , dia mengajar di SMK PANGERAN GALPAM ~ 

Org Dusun Kadazan tp Islam babe ~ ahhaa 

Blh tahan laa cara dia sampaikan motivasi dengan kami tapi nda setanding dengan penceramah dulu time kami Form 5 . kalau yang itu , mcm menusuk dalam hati joo ceramahnya , Yang ne .. Blh llaaaa ` ahahah 
jahat joo aku ne  .. 


Keadaan Ballroom Sabah Hotel sebelum kami datang serbu ~ 


ahaha . c Florina nda sedar kena gambar ~ 



memimpin bacaan doa . Mohd Firdaus b Mohd Ali . Classmate ku ~ pak imam ne joo , ahehehe 


Barisan MPPU dan Badan Pengawas SMK Muhibbah yang hensem n cantik2x belaka ~ 
MPPU yang pakai bju batik warna ungu dan kot hitam tu . Badan pengawas yang tali leher merah dengan kot hijau tu ~ 


Cikgu Husairi ( PK HEM ) , Tuan Haji Salzo ( YDP PIBG ) , Pandir Lodah ( Penceramah Khas ) 


C tracy nda sedar diamik gambarnya . Khusyuk baa dia menulis , aku di sblh buat dek jee . ahaha 


Lelaki ganteng Upper 6  ahaha . 


Ok laa semua . Saya dah mula ngantuk ni . Apa yang pasti . seminar ne sedikit sebanyak dapat memebri kesedaran dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi peeriksaan nanti ~ 


Daaaa ~ Assalamualaikum .